
Halangan-halangan komando yang terdapat di Tapak Latihan PALAPES Universiti Malaya
Aktiviti merempuh halangan komando akan diadakan pada hari Sabtu ini, 18 Jun 2011 bertempat di Tapak Latihan PALAPES, Universiti Malaysia mulai jam 9 pagi. Aktiviti ini adalah berbentuk pertandingan dan bakal melibatkan ahli-ahli Pengakap Laut Troop 183 SMK Bandar Baru Sentul yang juga merupakan Troop Perintis Pengakap Laut KL. Aktiviti ini juga adalah salah satu daripada prasyarat Lencana Usaha. Mana-mana ahli krew yang berkelapangan dijemput untuk menghadirkan diri bagi membantu melancarkan lagi program ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan