
Rajah bagi ikatan seraya
katan seraya adalah ikatan yang digunakan untuk mengikat dua kayu dan merupakan salah satu ikatan yang amat penting dalam pembinaan gejet. Ikatan ini merupakan salah satu syarat untuk Lencana Usaha. Projek perintis dan gejet yang besar dan kukuh akan dapat dibina jika strukturnya diikat dengan kuat dan kemas menggunakan ikatan seraya.
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan ikatan seraya:

Langkah-langkah untuk menyediakan ikatan seraya
- Mulakan dengan simpul manuk pada batang kayu menegak yang diletakkan di belakang batang kayu melintang
- Teruskan mengikat dalam bentuk segi empat (ke belakang batang kayu yang menegak, kehadapan tiang kayu yang melintang dan seterusnya) sebanyak kira-kira tiga kali mengelilingi set batang kayu tersebut
- Ketatkan ikatan ini dengan melakukan jerutan pada ruang antara batang kayu menegak dengan batang kayu melintang sebanyak dua atau tiga kali, bagi memastikan ikatan tersebut benar-benar telah kuat.
- Ikatkan dua simpul (half hitches) mengelilingi batang kayu yang melintang
- Gunakan dua simpul tersebut untuk membentuk simpul manuk bagi melengkapkan ikatan seraya. Simpul manuk kedua boleh ditambah jika diperlukan.

Gambar dari belakang tentang struktur ikatan seraya
Kekuatan ikatan seraya akan bertambah jika semasa mengikat, tali tidak dibiarkan longgar dan sentiasa diketatkan secara berperingkat. Hasilnya, ikatan tersebut akan benar-benar kukuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan