Rabu, Ogos 04, 2010

Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)



Lilit pemati biasa atau common whipping adalah jenis lilit pemati yang paling mudah dan digunakan untuk mencegah hujung tali daripada terurai. Lilit pemati biasa tidak sepatutnya digunakan untuk mematikan hujung tali yang hendak digunakan sebagai running ends. Lilit pemati ini turut dikenali sebagai wolf whipping di beberapa negara.


Langkah-langkah menyediakan lilit pemati biasa

Tali perlu dimatikan dalam jarak yang pendek (kira-kira satu setengah kali diameter tali). Lilit pemati biasa mudah disediakan kerana tidak memerlukan apa-apa peralatan lain. Walau bagaimanapun, ia mungkin mudah terlucut daripada hujung tali sekiranya tidak disediakan dengan kemas. Lilit pemati biasa adalah salah satu daripada enam simpulan dan ikatan yang perlu diketahui oleh ahli-ahli Pengakap di Malaysia bagi mendapatkan Lencana Keahlian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan