Selasa, Ogos 24, 2010

Hormat Pengakap


Susunan jari ketika menunjukkan Hormat Pengakap dan ketika membaca Persetiaan Pengakap

Hormat Pengakap adalah suatu kaedah pengenalan antara ahli-ahli Pengakap di seluruh dunia. Seseorang Pengakap itu melakukan Hormat Pengakap dengan tangan kanannya kecuali di dalam kawad tongkat, di mana tangan kanan digunakan untuk memegang tongkat. Oleh itu, Hormat Pengakap dilakukan menggunakan tangan kiri ketika berkawad tongkat.


Seorang ahli Pengakap Laut melakukan Hormat Pengakap

Tiga jari yang ditunjukkan dalam Hormat Pengakap adalah melambangkan ketiga-tiga bahagian Persetiaan Pengakap iaitu:
  1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
  2. Menolong orang pada setiap masa
  3. Menurut Undang-Undang Pengakap
Susunan jari yang sama juga digunakan ketika hendak membaca Persetiaan Pengakap bagi menandakan pembaca Persetiaan adalah seorang ahli Pengakap

Hormat Pengakap dilakukan ketika melapor kepada VIP

Ahli-ahli Pengakap hendaklah melakukan Hormat Pengakap dalam keadaan-keadaan berikut:
  1. Apabila menemui ahli Pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, menandakan persaudaraan dan penghormatan
  2. Apabila menemui Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ketua Patrol
  3. Apabila ingin melapor diri dalam istiadat atau menerima anugerah
  4. Selepas bendera dikibarkan dalam istiadat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan