Isnin, Mei 02, 2016

Perkhidmatan di Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur


Barisan Ahli-ahli Krew yang telah hadir berkhidmat membantu sesi pengajaran dan pengujian Lencana Kem Kraf BSMM

Skipper telah menerima jemputan daripada Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan untuk membantu mengendalikan sesi pengajaran Lencana Kem Kraf BSMM sempena Perkhemahan Lencana Kecekapan Belia Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur. Perkhemahan ini telah diadakan bertempat di SMK Bandar Baru Sentul pada 29 April hingga 2 Mei 2016 dan dihadiri kira-kira 320 orang peserta yang merupakan ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia dari seluruh WP Kuala Lumpur.

Jurulatih Jemputan Krew, Tuan Chan Zi-Lie dan Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman menyediakan tali untuk sesi pengajaran dan pengujian simpulan

Krew telah diminta mengajar dan menguji lapan jenis simpulan yang terdapat di dalam sukatan pelajaran Lencana Kem Kraf BSMM iaitu:-
  1. Simpulan buku sila (reef knot)
  2. Simpulan bunga geti (sheet bend)
  3. Simpulan tindih kasih (bowline)
  4. Simpul pulih (sheep shank)
  5. Lilit tindih kejap (rolling hitch)
  6. Lilit balak (timber hitch)
  7. Simpul kerusi (fireman's chair knot)
  8. Simpul abah-abah (manharness knot)
Saudara Ashrul Nuqman selaku fasilitator Kumpulan 1

Saudara Ameer Iskandar selaku fasilitator Kumpulan 2

.
Saudari Siti Diana Kamila selaku fasilitator Kumpulan 3

Saudara Riky Danieal selaku fasilitator Kumpulan 4

 Saudara Amierul Firdaus selaku fasilitator Kumpulan 5

Saudara Mior Ahmad Ramadhan selaku fasilitator Kumpulan 6


Saudara Aiman Haziq selaku fasilitator Kumpulan 7

Saudara Zairin Adam selaku fasilitator Kumpulan 8
 
Skipper telah dibantu oleh lapan orang Ahli Krew seperti berikut:-
  1. Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan 
  2. Saudari Siti Diana Kamila binti Nadim
  3. Saudara Ameer Iskandar bin Zainal Abidin
  4. Saudara Amierul Firdaus bin Azwanizam
  5. Saudara Zairin Adam bin Abdul Aziz
  6. Saudara Riky Danieal bin Misman
  7. Saudara Aiman Haziq bin Mohd Fadzil
  8. Saudara Ashrul Nuqman bin Abd. Aziz

Skipper menandatangani slip ujian peserta

Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi juga telah hadir membantu persediaan peralatan pada sebelah pagi sebelum beredar atas urusan kerja. Jurulatih Jemputan Krew, Tuan Chan Zi-Lie juga turut hadir membantu sesi ini selain menguruskan pentauliahan ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia pada sebelah tengah hari.

Bergambar bersama para peserta setelah selesai sesi

Setiap Ahli Krew telah ditugaskan untuk mengajar dan menguji kira-kira 25 orang peserta. Masa yang diperuntukkan ialah selama 4 jam. Pihak penganjur telah menyediakan sarapan pagi, minum pagi dan makan tengah hari untuk semua warga Krew yang hadir berkhidmat. Turut disediakan ialah sijil penghargaan untuk setiap warga Krew yang berkhidmat dan dua unit hamper.

Bergambar selepas menerima sijil dan hamper daripada pihak penganjur

Krew amat berterima kasih kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan yang sudi menjemput Krew untuk berkhidmat di perkhemahan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman yang menjadi mediator perantara antara pihak penganjur dengan Krew, sekaligus memastikan persediaan berjalan dengan lancar. Semoga kerjasama yang telah terjalin ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Konvensyen Pengakap Kelana Kebangsaan 2016

Para perwakilan Konvensyen Pengakap Kelana Kebangsaan bergambar beramai-ramai di anjungan 
Pusat Belia Antarabangsa, Cheras

Persekutuan Pengakap Malaysia telah menganjurkan Konvensyen Pengakap Kelana Kebangsaan 2016 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras pada 29 April hingga 1 Mei 2016 yang lalu. Konvensyen ini bertujuan mengumpulkan perwakilan Pengakap Kelana dari seluruh negara bagi memberi pendedahan tentang hala tuju Pengakap Kelana di samping info terkini daripada Majlis Belia Malaysia. Turut diadakan ialah Mesyuarat Agung dan Pemilihan Majlis Pengakap Kelana Negara bagi sesi 2016 - 2018.

Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur telah menghantar lima orang Pengakap Kelana sebagai perwakilan ke acara ini. Krew amat bertuah kerana Bosun Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin telah terpilih untuk mengisi salah satu daripada lima slot perwakilan tersebut. Perwakilan PPMWPKL adalah seperti berikut:-
  1. Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin - Krew Kelana 'C' (Laut) WP Kuala Lumpur
  2. Saudara Chin Yew Onn - Krew Kelana 'E' Daerah Batu
  3. Saudara Aliff Ajwad - Krew Kelana 'D' Daerah Wangsa Maju
  4. Saudara Samuel Tee - Kelana Daerah Seputeh
  5. Saudari Tam Ho Yan - Kelana Daerah Seputeh

Bosun sedang membentangkan usul

Bosun telah membawa dua usul ke dalam perbincangan dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara di konvensyen tersebut iaitu berkenaan pelaksanaan Skim Latihan Pengakap Kelana Laut dan penganjuran Rovermoot.

Ahad, Januari 10, 2016

Gotong-Royong Di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda

Bergambar beramai-ramai setelah selesai menjalankan gotong-royong

Krew telah menyertai warga Pengakap WP Kuala Lumpur untuk bergotong-royong bersama masyarakat dan pelajar Kolej UNIKOP bagi membersihkan Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur. Delegasi PPM WP Kuala Lumpur telah diketuai oleh YBrs. Encik Latiff bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur. Krew telah diwakili oleh:-

1. Skipper Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar
2. Pengurus Aset Puan Rosbiah binti Mohd Shah
3. Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
4. Purser Saudara Mohd Ridzwan bin Rosman
5. Ahli Kelana Saudara Afiq Hafizuddin bin Mizan
6. Ahli Kelana Saudara Aiman Haziq bin

Warga Krew yang hadir bergambar selepas selesai bergotong-royong

Bergambar bersama-sama para Calon Pengakap Raja Tahun 2015 yang hadir

Selain kami, turut hadir mewakili Pengakap WP Kuala Lumpur ialah para Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur, para Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan calon-calon Pengakap Raja Tahun 2015. Pelbagai tugasan seperti mengelap cermin tingkap, membersihkan jeriji besi, mengemop lantai, menukar mentol lampu dan sebagainya telah diselesaikan sepanjang gotong-royong ini. 





Warga Krew sedang menjalankan tugas masing-masing

Krew mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda yang sudi memberikan peluang untuk menjalankan khidmat masyarakat ini. Semoga acara ini telah dapat memberi pengalaman yang amat berguna kepada warga Krew dan semua yang telah hadir membantu.

Khamis, November 26, 2015

Seaboree Sarawak Ke-4 & Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Kedua 2015

Kontinjen PPMWPKL di KLIA2 sebelum berlepas ke Miri pada 21 November 2015

Seaboree Sarawak Ke-4 & Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Kedua 2015 telah diadakan pada 21 hingga 27 November 2015 bertempat di Marina Bay, Miri, Sarawak. Acara ini telah disertai oleh kira-kira 600 orang terdiri daripada Ahli-ahli Pengakap Laut dan para Pemimpin Pengakap Laut dari seluruh negara. Turut hadir ialah warga Pengakap dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Thailand. 

Sebahagian Ahli Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan yang hadir di majlis perasmian

PPM WP Kuala Lumpur telah menghantar kontinjen seramai sepuluh orang yang diketuai oleh Skipper Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar yang juga Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur (Program & Pengakap Laut). Ahli-ahli kontinjen yang lain adalah seperti berikut:-
  • Chief Mate Encik Mohd Norfardrol Marshar bin Mohd Sharip
  • Ahli Kelana Kanan Encik Mohd Hizam bin Che Abdul Rahim
  • Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
  • Ahli Kelana Saudari Siti Diana Kamila binti Nadim
  • Ahli Troop Pengakap Laut 183 SMKBBS Saudara Muhammad Anwar bin Zulkarnain
  • Ahli Troop Pengakap Laut 183 SMKBBS Saudari Nur Afiqah Irfahani binti Azmi
  • Ahli Troop Pengakap Laut SMAKL Saudari Nur Amalisa binti Ibarahim
  • Ahli Troop Pengakap Laut SMAKL Saudari Nik Nurin Adlina binti Zurizalazuan
  • Ahli Troop Pengakap Laut SMAKL Saudari Puteri 'Ain Sofiah binti Mohd Jeffrey
Encik Noor Azmi bin Ujang dan Encik Alvin Johnson bersama Perisai Khamaruzaman

Pelbagai aktiviti yang memfokuskan kepada ilmu kepelautan dan rekreasi air telah dijalankan. Pengerusi Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan, Encik Noor Azmi bin Ujang dan Skipper Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar telah bertugas sebagai Penyeleras Aktiviti. Ahli Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan, Encik Alvin Johnson pula telah bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti. Acara ini juga turut menjadi medan untuk mempertandingkan Perisai Khamaruzaman yang dilancarkan oleh Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan bagi memperingati Sea Dad Allahyarham Tuan Khamaruzaman bin Samsudin yang telah meninggal dunia pada 4 Februari 2015 yang lalu.




Krew sedang mengendalikan sesi Kempen Save Our Seafood (S.O.S.)

Krew telah diamanahkan untuk mengendalikan Zon Aktiviti 6 - Konservasi Marin. Zon aktiviti ini terdiri daripada lima aktiviti iaitu Kempen Save Our Seafood (S.O.S.), Oseanografi, Recycle Life Jacket, Operasi Pembersihan Pantai dan Masalah Kesihatan di Laut. Zon aktiviti ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta.


Para peserta bersama alat bantuan apungan daripada botol plastik terbuang

Kontinjen WP Kuala Lumpur telah terpaksa pulang awal pada 25 November 2015 disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, sebuah kejutan majlis sambutan hari jadi untuk Skipper telah diadakan oleh rakan-rakan dari Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dan Pengakap Laut Negeri Sarawak sekitar jam 5 petang, iaitu hanya beberapa jam sebelum Kontinjen PPMWPKL berlepas pulang. 

Bergambar beramai-ramai selepas kejutan majlis sambutan hari jadi Skipper

Seaboree Sarawak Ke-4 & Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Kedua 2015 kini telah berakhir, tetapi meninggalkan sejuta kenangan manis kepada ahli-ahli kontinjen yang menyertainya. Sebagai tuan rumah untuk Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Pertama pada Ogos 2014 yang lalu, Pengakap Laut WP Kuala Lumpur berasa amat terharu dan gembira kerana hasrat untuk menjadikan program ini sebagai acara tahunan telah berjaya direalisasikan. Semoga akan terus dianjurkan setiap tahun demi anak-anak Pengakap Laut di seluruh negara!

Isnin, Oktober 19, 2015

Perkhidmatan di World JOTA-JOTI Stesen 9M4SJW di SK Setiawangsa

Ahli-ahli Krew sedang mengendalikan sesi Isyarat Bendera Semaphore

Sempena World JOTA Ke-58 & World JOTI Ke-19 yang diadakan di seluruh dunia pada 16 hingga 18 Oktober 2015, Unit Komunikasi PPMWPKL telah membuka Stesen JOTA-JOTI 9M4SJW bertempat di SK Setiawangsa pada hari Sabtu 17 Oktober 2015 yang lalu. Seramai kira-kira 80 orang Ahli Pengakap dari seluruh Kuala Lumpur telah mengunjungi stesen ini dan menjalani pelbagai aktiviti yang diadakan. Krew telah dijemput untuk oleh mengendalikan sesi Isyarat Bendera Semaphore. Program ini telah dijalankan mulai jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Sijil, lencana dan button badge yang diberikan oleh penganjur kepada para petugas

Seramai enam orang warga Krew telah hadir membantu perjalanan program ini dengan empat orang berkhidmat sepenuh masa. Dua orang lagi iaitu Skipper dan Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin hadir pada awal dan akhir program kerana mengendalikan Kembara 16 Kilometer Troop Pengakap Laut 183 WP Kuala Lumpur. Ahli-ahli Krew yang hadir membantu perjalanan program adalah seperti berikut:-
1. Koordinator Perkhidmatan Kelana Encik Mohd Hilmi bin Mat Saad
2. Ahli Krew Saudari Siti Nurfatimah Zahra binti Kamal
3. Ahli Krew Saudari Nur Nelissa binti Nazri
4. Ahli Krew Saudara Mohamad Shahair bin Abdul Kadir

Isnin, Oktober 12, 2015

Scout of the World Discovery National Workshop 2015

Para peserta bengkel bergambar beramai-ramai di hadapan bangunan kampus UIAM Kuantan

Krew telah menghantar delegasi seramai enam orang untuk menyertai bengkel Scout of the World Discovery National Workshop 2015 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan pada 9 hingga 11 Oktober 2015 yang lalu. Krew telah diwakili oleh:-
1. Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
2. Purser Saudara Mohamad Ridwan bin Rosman
3. Ahli Krew Saudari Atikah binti Mansor
4. Ahli Krew Saudara Muhammad Fahimi bin Ahmad Roslan
5. Ahli Krew Saudara Luqman Haziq bin Ramli
6. Ahli Krew Saudara Mohamad Shahair bin Abdul Kadir

 
Bosun sedang membentangkan hasil perbincangan

Bosun menerima sijil penyertaan daripada Koordinator MOP, SWA dan WSEP Kebangsaan, 
YBhg. Tuan Amir Hamzah bin Aman

Melalui bengkel ini, para peserta telah diberi pendedahan tentang apa itu Scout of the World Award dan bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan anugerah tersebut. Peserta juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan projek-projek komuniti yang bersesuaian sebagai platform untuk menyelesaikan prasyarat anugerah ini.

Bersama rakan-rakan Kelana dari negeri-negeri lain

Sebagai hasilnya, suatu kerjasama strategik telah dirancang bersama-sama rakan-rakan Kelana dari Pahang dan Selangor. Ini akan membolehkan ketiga-tiga negeri menyokong antara satu sama lain walaupun projek dijalankan secara berasingan. Krew dijangka memfokuskan kepada aktiviti komuniti berkaitan dengan persekitaran marin di samping memberi penekanan kepada Kempen Save Our Seafood 2.0.

Delegasi krew bergambar bersama penerima Anugerah Scout of the World Award sebelum ini

Ahad, Oktober 11, 2015

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 (Unit Pengakap Kanak-Kanak & Pengakap Muda)


Skipper sedang menyampaikan ceramah kepada para peserta kursus

Pasukan Latihan Negeri WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Segambut telah mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 (Unit Pengakap Kanak-Kanak & Pengakap Muda) pada 9 hingga 10 Oktober 2015 yang lalu bertempat di SK Bandar Manjalara, Segambut. Ketua Kursus bagi Unit Pengakap Kanak-Kanak ialah Encik Mark Suresh manakala Ketua Kursus bagi Unit Pengakap Muda ialah Encik Chong Beng Ming.




Setiap kumpulan sedang mengadakan perbincangan

Skipper telah dijemput untuk memberi ceramah bagi sesi "Merancang Program" untuk kedua-dua Unit Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda. Sesi ini berlangsung selama tiga jam merangkumi ceramah penerangan, perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan hasil perbincangan. Perancangan program dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Program Jangka Panjang (tahunan), Program Jangka Pendek (bulanan) dan Perjumpaan mingguan. Diharap agar para peserta akan dapat merancang dan menjalankan program dengan baik dan efektif setelah menjalani sesi ini.


Para peserta sedang membentangkan hasil perbincangan masing-masing