Isnin, Disember 26, 2011

Selamat Pengantin Baru Kepada Saudari Farah Ashikin


Pada 25 Disember 2011 yang lalu, ahli krew Farah Ashikin Mohd Radi telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, saudara Khairul Aflah bin Huri bertempat di Dewan Bankuet Carsem, Ipoh. Majlis ini berlangsung sangat meriah dan secara tidak langsung menjadi majlis reunion krew tidak rasmi kerana ramai ahli krew telah dapat menghadirkan diri.

Kelas Scuba Diving SDI Keempat


Kelas Scuba Diving SDI telah diadakan buat kali keempat pada 24 Disember 2011 yang lalu bertempat di Pusat Akuatik Markas TUDM, Sungai Besi. Kali ini tiga orang lagi ahli krew dan associates telah mendaftar untuk mengikuti kelas ini iaitu saudara Azwan Haji Wahid, saudara Mohd Fikri Rusni dan Cikgu Munaizi Azmi Musa. Saudara Mohd Norfardrol Marshar dan saudara Tan Cheng Yee meneruskan penyertaan mereka dengan menghadiri kelas ini untuk kali kedua. Pemimpin dan Kuartermaster Krew pula menghabiskan kelas mereka yang terakhir.

Selasa, Disember 20, 2011

Jemputan Untuk Mengajar Peta, Kompas, Isyarat & Komunikasi Oleh St John Ambulans Malaysia WP Kuala Lumpur


Pada hari Ahad, 18 Disember 2011 yang lalu, Pemimpin Krew telah dijemput oleh St John Ambulans Malaysia WP Kuala Lumpur untuk datang mengajar di acara tahunan mereka iaitu Regional Cadet Camp. Pemimpin Krew telah disertai oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri WPKL (Unit Kelana) - Encik Abdul Jalil Abdul Samad, Pengerusi Kelana Zonice - Encik Rahimi Mahmud, Kuartermaster Krew - Puan Rosbiah Mohd Shah dan Ahli Krew - Saudara Azwan Haji Wahid. Sesi yang dikendalikan ialah sesi Peta dan Kompas pada sebelah pagi dan sesi Isyarat dan Komunikasi pada sebelah petang (merangkumi Kod Abjad Fonetik, Isyarat Bendera Semaphore dan Kod Morse).

Rabu, Disember 14, 2011

Perkhemahan Pengakap Kanak-Kanak SK Sathya Sai, Jalan Puchong

Pemimpin Krew memulakan sesi Peta, Kompas dan Pandu Arah

Pemimpin Krew telah dijemput oleh Encik Chan Zi-Lie, Ahli Pasukan Latihan Negeri WPKL untuk menyampaikan sesi Peta, Kompas dan Pandu Arah sempena Perkhemahan Pengakap Kanak-kanak SK Sathya Sai, Jalan Puchong, Kuala Lumpur. Perkhemahan ini yang turut dikenali sebagai "Smurf Camp" telah diadakan pada 15 Oktober 2011 yang lalu.

Sesi berjalan di dalam suasana yang interaktif

Sesi ini adalah untuk membolehkan para Pengakap Kanak-kanak tersebut mempelajari tentang peta dan pandu arah bagi membolehkan mereka mendapatkan Lencana Pembaca Peta. Selain itu, mereka turut diajar kemahiran tambahan iaitu membaca kompas.

Pemimpin Krew mengajarkan lagu "Happy Wanderer"

Sebelum tamat sesi, Pemimpin Krew telah mengajarkan lagu "Happy Wanderer" kepada para peserta. Mereka menyanyikan lagu dengan penuh semangat sebelum Encik Chan Zi-Lie menyampaikan cenderahati berupa Roti Smurf kepada Pemimpin Krew. Sekalung ucapan terima kasih kepada Encik Chan Zi-Lie kerana sudi menjemput Pemimpin Krew ke perkhemahan ini.

Bangkit Dari Tidur Yang Panjang


Setelah hampir 3 bulan tidak berkesempatan untuk update blog ini, akhirnya pada minggu ini saya telah diberi kekuatan untuk mengumpulkan segala data tentang acara yang disertai oleh ahli-ahli krew sejak 3 bulan yang lalu. Pada Februari tahun 2012 yang akan datang ini, genaplah dua tahun krew ini ditubuhkan kembali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Alhamdulillah, telah banyak aktiviti yang kita anjurkan dan sertai sama ada di peringkat negeri atau nasional. Semoga momentum ini akan dikekalkan pada masa-masa yang akan datang.

Selasa, September 27, 2011

Perhimpunan B-P Guild Kebangsaan

Perhimpunan B-P Guild Kebangsaan telah diadakan di Look Out Point, Bukit Ampang pada 16 hingga 18 September yang lalu. Sempena perhimpunan ini, suatu Majlis Hari Raya bagi meraikan anak-anak yatim telah diadakan pada petang 17 September. Ini diikuti oleh Malam Unggun Api (Campfire) pada sebelah malamnya. Pemimpin Krew telah dijemput oleh Tuan Pesuruhjaya Daerah Sentul, Encik Chenteral Velo untuk sama-sama memeriahkan majlis ini di samping bermain gitar untuk Malam Unggun Api tersebut.

Hadir merasmikan majlis ini adalah Penaung B-P Guild Kebangsaan, YBhg. Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Mohd Zin bin Bidin. Ramai rakan-rakan Pengakap dari Daerah Sentul telah turut menghadirkan bagi membantu menjayakan majlis ini termasuk Pemimpin Troop 183, Puan Siti Zuraidah Yusuf. Anak yatim yang hadir di majlis ini ialah daripada Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat dan Rumah Keluarga Kami, Kajang. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah diadakan oleh deejay bertugas bagi menghiburkan anak-anak yatim tersebut. Mereka juga turut menerima cenderahati daripada penganjur.




Khamis, September 15, 2011

Puteri Sulung Saudara Iqbal. Tahniah!


Krew ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Den Warden dan Koordinator Keusahawanan Krew, saudara Mohd Iqbal Mohd Saidi di atas kelahiran puteri sulung beliau pada semalam, hari Rabu 14 September 2011, jam 2.49 petang di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi. Berat bayi ialah 2.75 kilogram. Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan selamat. Semoga dengan kehadiran puteri sulung ini akan menceriakan lagi kehidupan saudara Iqbal sekeluarga, insyaAllah.