Pemimpin Krew memulakan sesi Peta, Kompas dan Pandu Arah
Pemimpin Krew telah dijemput oleh Encik Chan Zi-Lie, Ahli Pasukan Latihan Negeri WPKL untuk menyampaikan sesi Peta, Kompas dan Pandu Arah sempena Perkhemahan Pengakap Kanak-kanak SK Sathya Sai, Jalan Puchong, Kuala Lumpur. Perkhemahan ini yang turut dikenali sebagai "Smurf Camp" telah diadakan pada 15 Oktober 2011 yang lalu.
Sesi berjalan di dalam suasana yang interaktif
Sesi ini adalah untuk membolehkan para Pengakap Kanak-kanak tersebut mempelajari tentang peta dan pandu arah bagi membolehkan mereka mendapatkan Lencana Pembaca Peta. Selain itu, mereka turut diajar kemahiran tambahan iaitu membaca kompas.
Pemimpin Krew mengajarkan lagu "Happy Wanderer"
Sebelum tamat sesi, Pemimpin Krew telah mengajarkan lagu "Happy Wanderer" kepada para peserta. Mereka menyanyikan lagu dengan penuh semangat sebelum Encik Chan Zi-Lie menyampaikan cenderahati berupa Roti Smurf kepada Pemimpin Krew. Sekalung ucapan terima kasih kepada Encik Chan Zi-Lie kerana sudi menjemput Pemimpin Krew ke perkhemahan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan