Pada malam tadi, warga Krew telah menjayakan kerja-kerja persediaan akhir untuk pameran Persekutuan Pengakap Malaysia di Outdoor Expo Malaysia 2023 di Kompleks Sukan Kelana Jaya. Ekspo ini akan berlangsung mulai hari ini hingga Ahad nanti dan bakal melibatkan ramai pihak dalam komuniti aktiviti rekreasi luar.
Krew dibantu oleh rakan-rakan daripada PPM Negeri Selangor iaitu Skipper Nur Firdaus bin Norazman dari Krew Pengakap Kelana Laut C Daerah Sepang dan Saudari Nur Aina Aqilah binti Mohamad Rahman dari Krew Pengakap Kelana D Daerah Hulu Selangor. Turut sama di tapak ekspo ialah Encik Kamarulbashah bin Haji Hussin, Penolong Setiausaha Eksekutif (Program), Persekutuan Pengakap Malaysia yang mengendalikan barangan pameran PPM.
Warga Krew yang hadir ialah:
- Skipper Mohd Samat bin Abdul Hamid (Penolong Pemimpin Krew)
- Skipper Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin (Penolong Pemimpin Krew)
- Bosun Zairin Adam bin Abdul Aziz (Pengerusi Krew)
- Saudari Nur Zawani binti Zainudin (Ahli Krew / Penolong Pemimpin Kumpulan Pengakap SM Sains Seri Puteri)
- Saudari Zuhayra Raihan binti Zahisham (Ahli Krew)
- Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi (Ahli Krew)
- Saudara Muhamad Afiq bin Mohd Noor (Ahli Krew)
- Saudari Shafiqah Nurfarhana binti Mohd Shafizal (Ahli Krew / Setiausaha Persaudaraan Pengakap Raja WP Kuala Lumpur)
- Saudara Muhammad Aliff Izzuddin bin Baharuddin (Ahli Krew / Naib Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur)
- Saudari Nurul Nadirah binti Roslan (Ahli Krew / Ahli Yang Dipilih Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur)
- Saudara Adam Wazif bin Awira (Ahli Krew)
- Saudara Abdul Razak bin Abdul Karim (Ahli Krew)
- Saudara Muhammad Wafiq bin Hazwa (Ahli Krew / Ahli Yang Dipilih Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur)
- Saudara Aisy Baihaqi bin Mohamad Shukri (Ahli Krew)
Semoga ekspo ini akan memberi ruang yang lebih luas untuk warga Persekutuan Pengakap Malaysia berinteraksi dengan warga komuniti aktiviti rekreasi luar dan seterusnya memantapkan jaringan perhubungan untuk pelbagai kolaborasi yang lebih menarik pada masa depan.
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan