Calon-calon sedang melengkapkan buku log masing-masing
Sesi melengkapkan buku log sebagai persediaan ke arah Pentarafan Pengakap Raja telah dijalankan di Kem Cangkat Budaya, Jenderam Hilir pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu (18 hingga 19 September 2015). Sesi ini merupakan sesi pertama dan telah disertai oleh tiga orang calon Pengakap Raja iaitu Ahli Krew Saudari Siti Nurfatimah Zahra binti Kamal (calon batch 2014), Ahli Troop 183 Saudara Amierul Firdaus bin Azwanizam (calon batch 2015) dan Ahli Troop 183 Saudara Riky Danieal bin Misman (calon batch 2015).
Beberapa sesi seumpama ini akan diadakan pada masa akan datang bagi membantu calon-calon Pengakap Raja yang tidak dapat hadir pada kali ini. Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur dijangka akan mengadakan Pentarafan Pengakap Raja pada pertengahan Disember 2015 ini bagi menampung calon-calon yang berkelayakan. Semoga semuanya dipermudahkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan