Ucapan oleh YH. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Suatu mesyuarat khas PPM WP Kuala Lumpur telah diadakan di SK Danau Kota 2, Jalan Genting Klang pada hari Ahad, 12 Oktober 2014 yang lalu. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ramai warga Pengakap Kuala Lumpur yang terdiri daripada para Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, para Pesuruhjaya Daerah, para Penolong Pesuruhjaya Daerah, para Pemimpin dan juga Ahli-ahli Kelana. Krew telah diwakili oleh Pemimpin Krew.
Antara warga PPM WP Kuala Lumpur yang menghadiri mesyuarat ini
Mesyuarat ini telah dimulakan dengan ucapan oleh YH. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang sudi meluangkan masa untuk hadir bagi memberikan amanat kepada beliau. Antaranya, beliau mengingatkan semua hadirin agar terus berpengakap secara sihat dengan niat yang betul supaya imej dan prestasi Pengakap di Kuala Lumpur dapat dinaikkan.
Ucapan oleh YBhg. Tuan Haji Rofli bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur
Mesyuarat selepas itu telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Rofli bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur dan membincangkan tentang persediaan PPM WP Kuala Lumpur untuk penganjuran Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 pada tahun hadapan. Hadirin mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menganjurkan jambori tersebut. Semoga mesyuarat ini menjadi pemangkin ke arah kebangkitan semangat di kalangan warga Pengakap WP Kuala Lumpur ke arah penganjuran jambori kebangsaan yang terbaik pada tahun hadapan.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan