
Turut hadir di Hospital Pakar KPJ Damansara ialah ibu bapa Saudara Izhar dan ibu Saudari Dila
Beberapa hari yang lalu, ahli-ahli krew dikejutkan dengan berita bahawa tunang Saudara Izhar iaitu Saudari Dila mengalami jatuh di klinik dan mengalami kecederaan tulang belakang. Berita ini sangat membimbangkan memandangkan mereka berdua akan melangsungkan pernikahan dalam tempoh tidak sampai sebulan saja lagi. Mengikut kata doktor yang merawat, kes slip disc ini membabitkan tiga cakera tulang belakang.

Saudara Izhar sedang bertanyakan keadaan kesihatan tunangnya :)
Berikutan itu, Saudari Dila telah menjalani pembedahan di Hospital Pakar KPJ Damansara pada pagi Selasa, 26 April 2011. Pemimpin Krew, Setiausaha Krew dan Saudara Arvind telah melawat Saudari Dila pada malam Rabu, 27 April 2011. Keadaan Saudari Dila telah pun beransur pulih. Walau bagaimanapun, kecederaan ini dijangka akan memakan masa 2 hingga 3 tahun untuk sembuh sepenuhnya. Semoga Saudari Dila akan tabah menjalani fisioterapi dan dapat kembali seperti biasa, insyaAllah.

Pemimpin Krew bersama Saudara Arvind
terima kasih skipp...jalan cerita dia mmg suspen btol...takut plak baca...
BalasPadamthanks for visiting n praying for my healthiness :) betul tu jalan cerita cukup mendebarkan hhahaha tapi cerita sebenar boleh baca kat blog saya bila senang nnt. thanks again
BalasPadam