
Pemimpin Krew sedang menilai pembentangan daripada peserta kursus
Pemimpin Krew dan Penolong Pemimpin (HELWA dan Perkhidmatan), Puan Rohani Hj Ahmad telah dijemput oleh Pengerusi Pasukan Latihan Negeri WP Kuala Lumpur, Encik Jamal Harim Abdullah untuk menjadi Pembimbing di dalam Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3B (Unit PKK dan PM) yang telah diadakan di SRJK (C) Chong Hwa, Setapak pada 21 hingga 23 Mei 2010 yang lalu.

Puan Rohani setelah selesai menjalankan penilaian
Pemimpin Krew telah berkesempatan untuk menjenguk lokasi kursus selepas waktu kerja pada hari Jumaat bagi mendapatkan gambaran ringkas tentang aktiviti pada keesokan harinya. Ketua Kursus bagi Unit PKK adalah Encik Sia dan bagi unit PM adalah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Mej. (B) Hj. Mior Rosli bin Dato' Mior Mohd Jaafar.
Pada hari Sabtu, kami hadir seawal jam 7.45 pagi bagi menjalankan tugas sebagai Pembimbing. Seramai empat orang peserta kursus membentangkan tesis mereka di hadapan Pemimpin Krew didahului oleh Encik Mark Suresh, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sentul. Puan Rohani pula menjadi Pembimbing untuk kumpulan di kelas sebelah.
Secara puratanya, ada peserta yang sangat berkualiti dan bersedia. Tidak kurang juga yang tidak bersedia dan gugup sewaktu menjalankan pembentangan. Walau bagaimanapun, kekurangan seperti ini boleh diatasi dengan berlatih dan membuat persediaan awal sebelum datang mengajar. Penglibatan Pemimpin dan Penolong Pemimpin Krew dalam kursus ini adalah pendedahan yang baik ke arah menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan warga PPMWPKL.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan