Jumaat, Februari 16, 2018

Kembara Jalan Kaki 16 Kilometer Kumpulan Pengakap Laut SMK Agama Kuala Lumpur

Kumpulan Pengakap Laut SMK Agama Kuala Lumpur telah mengadakan Kembara Jalan Kaki 16 Kilometer di sekitar Pusat Bandaraya Kuala Lumpur pada 15 Februari 2018 yang lalu untuk calon-calon Lencana Maju seramai 12 orang. Turut menyertai kembara ini ialah 2 orang Ahli Pengakap Muda Udara dari SMK Segambut Jaya menjadikan jumlah keseluruhan peserta seramai 14 orang.

Kembara dimulakan sekitar jam 8.30 pagi di Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Kembara ini melalui lokasi-lokasi penting seperti Masjid Negara, Muzium Negara, Planetarium Negara, Muzium Polis, Tugu Negara, Dataran Merdeka, Rumah B-P dan lain-lain lagi. Kembara ini telah tamat dengan selamat di Sunway Putra Mall sekitar jam 6.00 petang.

Ahli-ahli Krew yang telah hadir mengendalikan kembara ini ialah Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan, Saudara Aiman Haziq bin Mohd Fadzil, Saudara Riky Danieal bin Misman. Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi, Saudara Ameer Iskandar bin Zainal Abidin, Saudari Fatin Nazura bin Openg dan Saudara Adam Wazif. Selain itu, kembara ini turut dibantu oleh Ahli Kumpulan Pengakap Laut 22 Daerah Batu, Saudari Nur Afiqah Irfahani binti Azmi dan Ahli Kumpulan Pengakap Laut 01 Daerah Titiwangsa, Saudara Wafiq. Turut hadir di awal kembara ini ialah Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin dan Ahli Krew Saudara Luqman Haziq bin Ramli.

Khamis, Februari 15, 2018

Ceramah Pengenalan Pengakap Laut di SMK Raja Ali

Skipper telah menerima jemputan daripada Kumpulan Pengakap Laut SMK Raja Ali melalui Pemimpinnya, Ustaz Mohd Abrar bin Mohd Noor untuk menyampaikan ceramah pengenalan tentang Pengakap Laut kepada ahli-ahli Pengakap pada 14 Februari 2018 yang lalu. Kumpulan Pengakap Laut SMK Raja Ali adalah kumpulan Pengakap Laut yang paling baru dibentuk di WP Kuala Lumpur iaitu pada akhir tahun 2017.

Ceramah ini telah berlangsung selama kira-kira 1 jam 30 minit dan telah dihadiri oleh kira-kira 20 orang ahli-ahli Pengakap Laut SMK Raja Ali. Turut hadir ialah Ustaz Mohd Abrar dan beberapa orang Pemimpin Pengakap Lain. Semoga ceramah ini telah memberi input penting kepada semua yang hadir dan dapat memberi semangat kepada ahli-ahli untuk berusaha sehabis baik mendapatkan lencana-lencana yang ditawarkan di dalam Skim Lencana Pengakap Muda Laut.

Rabu, Februari 14, 2018

Mesyuarat Pembentukan Kontinjen Malaysia ke Jambori Pengakap Sedunia Ke-24 2019

Mesyuarat Pembentukan Kontinjen Malaysia ke Jambori Pengakap Sedunia Ke-24 2019 telah diadakan di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Rumah B-P, Kuala Lumpur pada 13 Februari 2018 yang lalu. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil Kumpulan Pengakap dari seluruh negara yang berminat untuk menghantar penyertaan ke jambori ini yang bakal diadakan di North Virginia, Amerika Syarikat pada Julai 2019 yang akan datang.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Encik Jamaludin @ Jamal bin Jinal, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang telah diamanahkan untuk menjadi Ketua Kontinjen Malaysia. Skipper telah menghadiri mesyuarat ini di atas kapasiti sebagai Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur (Program). Turut hadir ialah Ahli Krew Saudara Zairin Adam bin Abdul Aziz yang telah mengesahkan penyertaan beliau ke jambori ini untuk berkhidmat bersama International Service Team.

Isnin, Februari 12, 2018

Kem Kepimpinan Pengakap Muda SESERI 2018

Kumpulan Pengakap SM Sains Seri Puteri telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pengakap Muda SESERI 2018 dengan dibantu oleh KL Charlie Rovers dan Zonice Rovers pada 9 hingga 11 Februari 2018 yang lalu bertempat di SM Sains Seri Puteri, Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Kem ini membabitkan pengajaran dan pengujian Lencana Usaha dan Maju.

Isnin, Jun 19, 2017

Majlis Iftar Pengakap Kelana WP Kuala Lumpur


Majlis Iftar Pengakap Kelana WP Kuala Lumpur telah diadakan pada hari Ahad, 18 Jun 2017 yang lalu bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut majlis ini diadakan sejak tiga tahun yang lalu. Hadir mengetuai majlis ini ialah YBrs. Encik Muhammad Rahimi bin Mahmud, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur (Unit Kelana).


Hadir mewakili Krew pada majlis tersebut ialah:-
1. Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
2. Ahli Krew Saudara Afiq Hafizuddin bin Mizan
3. Ahli Krew Saudara Ameer Iskandar bin Zainal Abidin
4. Ahli Krew Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi
5. Ahli Krew Saudara Muhammad Akmal bin Ramlan


Ahad, Jun 18, 2017

Majlis Iftar Ramadhan KL Charlie Rovers 1438H




Majlis Iftar Ramadhan KL Charlie Rover 1438H telah diadakan bertempat di Restoran Yums, Wangsa Walk, Wangsa Maju pada hari Sabtu, 17 Jun 2017 yang lalu. Ini merupakan acara tahunan Krew sejak mula beroperasi di WP Kuala Lumpur pada tahun 2010. Berikut adalah senarai warga Krew yang telah menghadirkan diri:-

1. 6th Mate Encik Ismail bin Ibrahim
2. Ahli Krew Puan Durratul Nashihin binti Mokhtar
3. Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
4. Bosun Mate Saudari Jennifer Loh Pui Pui
5. Ahli Krew Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
6. Ahli Krew Saudari Sofiah binti Madzlin
7. Ahli Krew Saudara Afiq Hafizuddin bin Mizan
8. Ahli Krew Saudara Ameer Iskandar bin Zainal Abidin
9. Ahli Krew Saudara Mohamad Shahair bin Abdul Kadir
10. Ahli Krew Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi
11. Ahli Krew Saudara Lee Wei Rong
12. Ahli Krew Saudara Aiman Haziq bin Mohd Fadzil
13. Ahli Krew Saudara Hariesh Kumar



Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir menjayakan majlis iftar ini. Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin akan berkekalan. Go Charlier Rovers!


Isnin, Jun 12, 2017

Program #SaveNature4Future 1.0 - Mengedarkan Bekas Makanan Percuma Kepada Orang Awam


Selepas kejayaan pelaksanaan program-program di bawah #HumanityStartsWithME, Krew kini mengorak langkah ke arah program penjagaan alam sekitar melalui agenda #SaveNature4Future. Program yang pertama telah diadakan pada hari Ahad, 11 Jun 2017 bertempat di Bazar Ramadhan Flat PKNS Jalan Kuching. Krew telah membuka gerai di bazar ini sejak awal Ramadhan ini.


Di dalam program ini, Krew telah memberi bekas makanan percuma kepada orang awam bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik di kalangan pengunjung bazar Ramadhan. Dengan adanya bekas makanan tersebut, pengunjung boleh meletakkan juadah berbuka puasa yang dibeli ke dalamnya berbanding menggunakan beg plastik. Bekas ini boleh dibasuh dan digunakan seperti biasa pada hari-hari berikutnya.

Membeli bekas makanan di pasaraya IKEA

Program dimulakan dengan proses membeli bekas makanan di pasaraya IKEA Pandan. Bekas makanan ini kemudiannya dibawa ke Rumah B-P di Jalan Hang Jebat untuk dipek. Selesai dipek, warga Krew bergerak ke bazar Ramadhan Flat PKNS Jalan Kuching untuk melakukan penyerahan kepada para pengunjung.



Kerja-kerja meletakkan bekas makanan ke dalam beg untuk tujuan pembahagian

Para pengunjung yang menerima bekas makanan ini diminta untuk melakukan tugasan ringkas iaitu follow instagram krew di @klcharlierovers atau like page Facebook KL Charlie Rovers bagi menunjukkan sokongan kepada inisiatif #SaveNature4Future ini. Pembahagian bekas makanan ini beroperasi dari gerai roti john Krew di Lot 339 di bawah jenama Charlie Burger & John.

Bergambar beramai-ramai di Rumah B-P sebelum bergerak ke lokasi

Warga Krew yang telah meluangkan masa untuk membeli bekas makanan, mengepek dan menjayakan program ini adalah seperti berikut:-

1. 6th Mate Encik Ismail bin Ibrahim (wakil Pemimpin dan pemantau)
2. Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
3. Ahli Krew Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
4. Ahli Krew Saudara Luqman Haziq bin Ramli
5. Ahli Krew Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi
6. Ahli Krew Saudara Muhammad Akmal bin Ramlan
7. Ahli Krew Saudara Zairin Adam bin Abdul Aziz
8. Ahli Krew Saudari Nur Syuhaddah binti 
9. Ahli Krew Aiman Haziq bin Mohd Fadzil
10. Ahli Krew Saudara Hariesh Kumar
11. Ahli Krew Saudari  Nur Dini binti Marzuki
12. Ahli Krew Ariez Hazaril bin Ab Llah

Warga Krew tiba di bazar Ramadhan Flat PKNS Jalan Kuching





Sekitar aktiviti menyerahkan bekas makanan kepada pengunjung bazar Ramadhan Flat PKNS Jalan Kuching untuk mengurangkan penggunaan beg plastik

Dalam masa yang sama, gerai Charlie Burger & John turut beroperasi dan dikendalikan oleh Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi, Ahli Krew Saudara Muhammad Nor Khairin bin Rollan, Ahli Krew Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi dan Ahli Krew Saudara Muhammad Akmal bin Ramlan.

6th Mate Encik Ismail Ibrahim bergambar bersama-sama Ahli-ahli Krew yang bertugas di gerai jualan Charlie John & Burger pada petang tersebut





Suasana di gerai jualan Charlie Burger & John pada petang tersebut

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kejayaan melaksanakan program ini. Semoga program ini akan menjadi pemangkin kepada Krew untuk terus bergerak aktif mempromosikan kepengakapan peranan Pengakap kepada masyarakat sebagai "Messenger of Peace". Terbaik!