Selasa, Mac 20, 2012

Tinjauan Ke Pantai Pengkalan Balak & Klebang

Berikutan pertunangan 1st Mate, saudara Mohd Norfardrol Marshar Mohd Sharip pada 17 Mac 2012, Skipper dan 2nd Mate telah mengambil peluang untuk melakukan tinjauan ke beberapa lokasi di Melaka bagi membuat persediaan untuk Lawatan Pendidikan Marin Pengakap Laut KL yang bakal diadakan pada 14 dan 15 April 2012 nanti. Antara lokasi-lokasi yang dilawati ialah Kem Pengakap Datuk Tamby Chik Karim, Pusat Pengurusan Penyu Kampung Padang Kemunting, Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Muzium Kapal Selam.

Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah

Kem Pengakap Datuk Tamby Chik Karim, Pengkalan Balak


Menara Penyelamat JPAM Pantai Pengkalan Balak

Unit Konservasi dan Penerangan Penyu, Kampung Padang Kemunting

Penyu yang terdapat di pusat tersebut

Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara

Muzium Kapal Selam, Pantai Klebang

Majlis Pertunangan First Mate, Saudara Mohd Norfardrol Marshar


Krew ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 1st Mate, saudara Mohd Norfardrol Marshar Mohd Sharip di atas pertunangan beliau dengan pilihan hatinya, saudari Mardiah binti Yaakob pada 17 Mac 2012 yang lalu bertempat di Taman Seri Aman, Masjid Tanah, Melaka. Semoga semuanya berjalan lancar agar perjalanan mereka berdua ke jinjang pelamin dipermudahkan, insyaAllah.

Ahli-ahli krew yang hadir bergambar bersama 1st Mate, saudara Mohd Norfardrol Marshar dan tunangnya

1st Mate, saudara Mohd Norfardrol Marshar bersama tunangnya, saudari Mardiah Yaakop

Ahli-ahli krew mengambil makanan untuk menjamu selera :)

Khamis, Mac 08, 2012

Kursus Kayak Star Award 1 Pengakap Laut WPKL 2012

Unit Pengakap Laut WPKL dan Krew Kelana 'C' (Laut) WP Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Kayak Star Award 1 Pengakap Laut WPKL Edisi 01/2012 dengan kerjasama Persatuan Sukan Keno Kuala Lumpur bertempat di Tasik Titiwangsa pada 3 dan 4 Mac 2012 yang lalu. Seramai 23 orang peserta telah menghadiri kursus ini dan menjalani ujian teori dan praktikal yang disyarakatkan dalam sukatan pelajaran Star Award 1.

Para peserta Kursus Kayak Star Award 1 Pengakap Laut WPKL Edisi 01/2012
bergambar di dalam Tasik Titiwangsa bersama para jurulatih

Khamis, Mac 01, 2012

Laporan Klinik Kayak Pengakap Laut WPKL 2012


Unit Pengakap Laut PPMWPKL telah menganjurkan Klinik Kayak Pengakap Laut WPKL 2012 bertempat di Tasik Titiwangsa pada hari Ahad 26 Februari yang lalu. Acara ini telah disertai oleh empat puluh orang ahli Pengakap Muda Laut daripada Troop 183 SMK Bandar Baru Sentul yang juga merupakan Troop Perintis Pengakap Laut di WP Kuala Lumpur.

Acara dimulakan dengan berkumpul di SMK Bandar Baru Sentul sekitar jam 8 pagi sebelum bergerak ke Tasik Titiwangsa dan tiba di sana pada jam 8.30 pagi. Sebaik tiba, sesi taklimat awal telah diberikan oleh Encik Julianda Amin, Jurulatih daripada Persatuan Sukan Keno Kuala Lumpur. Selepas itu, para peserta mula mengeluarkan kayak, pendayung dan alat apungan peribadi (personal flotation device) daripada setoruntuk kegunaan masing-masing. Setor Persatuan Sukan Keno Kuala Lumpur terletak di sebelah Kompleks Sukan Titiwangsa.

Dalam sesi latihan ini, setiap peserta diberikan kayak single-seater untuk mempelajari kemahiran asas berkayak. Tiga orang jurulatih daripada Persatuan Sukan Keno Kuala Lumpur telah hadir untuk mengendalikan acara ini iaitu Encik Julianda Amin, Encik Nik Khairul Izani Adni dan Encik Khirulniza Salleh. Unit Pengakap Laut telah mendapatkan khidmat penyelamat nyawa untuk acara ini iaitu Encik Chan Zi-Lie yang juga merupakan Pemimpin Krew Kelana "S" Bangsar.

Sambutan Hari Pengasas Pengakap Sedunia Daerah Sentul 2012


Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sentul telah menganjurkan Sambutan Hari Pengasas Pengakap bertempat di SMK (P) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 25 Februari 2012 yang lalu. Bersempena pameran ini, Unit Pengakap Laut PPMWPKL yang terdiri daripada Pasukan Kelana 'C' Laut Ibu Pejabat Negeri WPKL dan Troop Pengakap Laut 183 SMK Bandar Baru Sentul telah mengadakan Pameran Pengakap Laut bagi mempromosikan Pengakap Laut dengan lebih meluas lagi. Pameran ini juga bertujuan memberi peluang kepada ahli-ahli Troop 183 untuk menyelesaikan prasyarat Lencana Koordinator Pameran Pengakap Laut.

Selasa, Februari 21, 2012

Tahniah Di Atas Kejayaan Dalam Pertandingan Perbarisan Hari Wilayah


Tahniah diucapkan kepada 21 orang ahli-ahli Troop Pengakap Laut 183 SMK Bandar Baru Sentul yang telah mengambil bahagian di dalam Pertandingan Perbarisan Hari Wilayah 2012 sebagai sebahagian daripada kontinjen yang mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur. Kontinjen ini telah memenangi pertandingan tersebut bagi kategori NGO dan meraih hadiah wang tunai RM5000. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Selasa, Januari 10, 2012

Perjumpaan Dengan Presiden Persatuan Sukan Keno KL


Suatu perjumpaan ringkas telah diadakan antara wakil krew dengan Presiden Persatuan Sukan Keno Kuala Lumpur, YM Raja Shahrul Azremel Raja Sahar pada 7 Januari 2012 yang lalu, bertempat di Kompleks Sukan Titiwangsa, Tasik Titiwangsa. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk membincangkan perancangan krew untuk mengadakan latihan kayak untuk Pengakap Laut Kuala Lumpur.

Ahli-ahli yang hadir ialah Skipper, Mohd Hilmi Abu Bakar; 2nd Mate, Mohd Ariff Mohd Tajudin; Quartermaster, Rosbiah Mohd Shah dan Ahli Krew, Tan Cheng Yee. Hasil perbincangan ini menetapkan bahawa dua sesi latihan akan diadakan pada suku pertama tahun 2012 ini. Sesi pertama akan diadakan pada penghujung Februari untuk ahli-ahli Pengakap Muda Laut daripada Troop 183 SMK Bandar Baru Sentul. Sesi ini adalah berbentuk klinik kayak sehari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Sesi kedua pula akan diadakan pada awal Mac dengan kumpulan sasaran adalah ahli-ahli krew dan ahli-ahli Kelana yang berminat dari seluruh Kuala Lumpur. Sesi ini adalah Kursus Star Award 1 (kursus dewasa) yang akan memberi pengiktirafan berbentuk sijil kepada para peserta yang berjaya menguasai kemahiran yang diajarkan dengan baik.

Diharap agar perancangan ini akan berjalan lancar dan berjaya menghasilkan ahli-ahli Pengakap Laut WP Kuala Lumpur yang berkemahiran tinggi dan berwibawa. All the best!